Sabtu, 19 Januari 2013

Gotong Royong Perdana Siri 1 (Ceria Kelas & Bilik Khas)

 

Tarikh: 12 Januari 2013

Masa: 8.00 pagi~1.00 t/hari

Pada jam 7.30 pagi murid-murid telah berkumpul di Dataran Nurani dan setiap kelas telah diberikan cat untuk mengecat kelas masing-masing. Warna bagi cat kelas pada tahun ini ialah hijau. Murid-murid sangat bersemangat untuk memberi nafas baru dalam kelas masing-masing. Gotong royong tamat tepat jam 1 tengah hari dan hasilnya seluruh kawasan sekolah telah berubah menjadi lebih indah dan segar.

 

IMG_7545

 

IMG_7438

Isnin, 7 Januari 2013

Majlis Penghargaan Murid Cemerlang PMR 2012 dan Pelancaran Program Ponteng Sifar

Tarikh: 2 Januari 2013
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Dataran Nurani

Tanggal 2 Januari 2013 merupakan hari pertama persekolahan pada tahun 2013. Pada hari ini juga telah berlansungnya Majlis Penghargaan Murid Cemerlang PMR 2012 dan Pelancaran Program Ponteng Sifar.

Program tersebut telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tn Hj Rusli bin Bahari selaku YDP PIBG SMK Dato' Haji Talib Karim


Rabu, 2 Januari 2013

Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan

Tarikh: 27 Disember 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Bestari SMKDHTK

Pada 27 Disember 2012 yang lalu, SMKDHTK telah mengadakan majlis pendaftaran bagi murid-murid tingkatan satu dan peralihan. Majlis yang dimulakan tepat jam 8 pagi tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMKDHTK iaitu Tn Hj Rusli.