PENGETUA

                                                                                                                     
SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam laman blog SMK Dato' Haji Talib Karim ini.  Saya berharap dengan adanya laman blog ini dapatlah kita berkongsi maklumat penting untuk tindakan kita sepanjang menjalankan tugas sebagai pendidik dan staff sokongan yang sentiasa proaktif.
 Sebagai warga SMKDHTK, kita perlu sentiasa mengamalkan Budaya Kerja Sepasukan dan berusaha gigih bagi meningkatkan prestasi kerja masing-masing ke tahap cemerlang supaya Visi kita “Menjadikan SMKDHTK Sekolah Ternama, Kerana Kecemerlangan  Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Menjelang 2015” akan tercapai.
Harapan saya semua guru dan kakitangan sekolah diharap akan dapat menyumbang dalam memantapkan laman blog SMKDHTK ini. Semoga kita dapat bekerja secara kolektif dan ikhlas bagi melahirkan budaya kerja cemerlang sekaligus melahirkan pelajar SMKDHTK yang berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan.
Mudah-mudahan dengan kerjasama daripada semua pihak akan dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan SMKDHTK dari masa ke semasa.

“BERUSAHA PASTI JAYA”
Sekian, terima kasih.

(TN HJ ZULKAPLI B HJ OTHMAN)
Pengetua
SMK Dato’ Haji Talib Karim
78000 Alor Gajah
MELAKA