Rabu, 2 Januari 2013

Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan

Tarikh: 27 Disember 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Bestari SMKDHTK

Pada 27 Disember 2012 yang lalu, SMKDHTK telah mengadakan majlis pendaftaran bagi murid-murid tingkatan satu dan peralihan. Majlis yang dimulakan tepat jam 8 pagi tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMKDHTK iaitu Tn Hj Rusli.


Keputusan PMR 2012!

Tarikh: 19 Disember 2012
Masa: 11 pagi
Tempat: Dewan Bestari SMKDHTK

SMK Dato' Haji talib Karim masih lagi mengekalkan bilangan murid yang memperoleh keputusan semua A dalam matapelajaran yang diambil iaitu seramai 11 orang. Tahniah diucapkan kepada murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2012!

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Tarikh: 27 Disember 2012
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Adtec, Taboh Naning

Mesyuarat guru kali pertama telah dilaksanakan di Dewan Adtec, Taboh Naning. Maklumat Pengurusan dan Perancangan Sekolah telah diperhalusi dan guru guru kelihatan sangat bersemangat untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Pada mesyuarat kali ini, guru telah dibekalkan dengan pelbagai barangan menarik bagi memulakan sesi persekolahan. antaranya, diari, beg alat tulis, whiteboard marker dan pen.

Barisan pentadbir dedikasi